KURSUS PENGURUSAN KESELAMATAN PERLINDUNGAN MAKLUMAT
Kursus Pengurusan Keselamatan Perlindungan Maklumat anjuran bersama Seksyen Keselamatan dan bahagian Teknologi Maklumat INSTUN telah diadakan pada 03 hingga 07hb Nov 2008 bertempat di bilik kuliah Mini Teater, INSTUN. Seramai 15 orang peserta terdiri daripada pegawai dan kakitangan INSTUN, kementerian dan agensi di bawah NRE telah menyertai kursus ini.
Objektif kursus ini diadakan
- Memberi kesedaran dan memupuk sikap bertanggungjawab terhadap keselamatan perlindungan maklumat yang berkualiti dalam Jabatan Kerajaan;
- Memberi pendedahan dan kefahaman mengenai dasar, prosedur, dan arahan berkaitan keselamatan perlindungan maklumat; dan
- Membangun, melaksana dan memperbaiki sistem pengurusan keselamatan perlindungan maklumat
Tenaga pengajar untuk kursus ini telah diundang dari Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia, JPM; MAMPU dan Sykt Secure IP SB.
No comments:
Post a Comment