Tuesday, August 11, 2009

KURSUS KESELAMATAN MAKLUMAT ICT

Seksyen Keselamatan dan Bahagian Teknologi Maklumat telah berjaya menganjurkan kursus seperti berikut:-

Tajuk : Kursus Pengurusan Keselamatan Perlindungan Maklumat ICT
Tarikh : 10 - 14 Ogos 2009
Tempat : Bilik Kuliah TM1, Blok Akademik B, Institut Tanah dan Ukur Negara, Behrang, 35950, Tg. Malim Perak (peta lokasi)
Bayaran kursus : RM 30.00 (Ringgit Malaysia Tiga Puluh sahaja)

Objektif kursus:

1. Memberi kesedaran dan memupuk sikap bertanggungjawab terhadap keselamatan perlindungan maklumat yang berkualiti dalam jabatan kerajaan;
2. Memberi pendedahan dan kefahaman mengenai dasar, prosedur dan arahan berkaitan keselamatan perlindungan maklumat; dan
3. Membangun, melaksana dan memperbaiki sistem pengurusan keselamatan perlindungan maklumat.

Subjek:-

a. Pengurusan Risiko Keselamatan Maklumat – Isu, Pendekatan dan Cabaran (nota)
b. Perkara Asas Keselamatan ICT - Konsep, Matlamat dan Kaedah (nota)
c. Melindungi Aset ICT Dari Persektif Undang2 (nota)
d. Melindungi Aset ICT Organisasi dari Perspektif Fizikal dan Persekitaran (nota)
e. Persembahan Video Keselamatan ICT – Seorang Pengodam dan penemuan dan pemantauan penggunaan internet dalam sesebuah organisasi serta Perbincangan
f. Pengurusan Insiden Keselamatan ICT Sektor Awam (nota)
g. Dasar keselamatan ICT Kerajaan (nota)
h. Perkara Asas Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Internetworking – TCP/IP Basics) & Persembahan Video (nota)
i. Mengenali Musuh Anda & Persembahan Video tentang pengodam serta perbincangan (nota)
j. Perkara Asas Information Security management (ISMS) – satu overview (nota)
k. Melindungi Aset ICT Organisasi – Business Continuity Management (BCM) (nota)

Terima kasih diucapkan kepada tenaga pengajar yang terlibat:-

1. Pej. Ketua Peg. Keselamatan Krjn Malaysia, JPM
2. MAMPU dan
3. Cyber Security.

1 comment:

Muza Mustari said...

Salam,
Bagaimana nak mendapatkan video yang berkaitan dengan kursus keselamatan maklumat ICT

TQ :)