Monday, December 28, 2009

TAKLIMAT KESELAMATAN

Taklimat keselamatan kebakaran telah diadakan pada 28 Dis 2009. Taklimat kali ini telah diberikan oleh Kapt (B) Addy Husszairi bin Husin (Peg. Keselamatan INSTUN) untuk semua pegawai yang melapor diri di INSTUN mulai 02 Jan 2009.

PENYELENGGARAAN SISTEM CMS 20 DIS 2009

Penyelenggaraan sistem CMS telah dilaksanakan pada 28 Dis 2009 oleh sykt ABL SB. Sistem berada dalam keadaan memuaskan dan berfungsi serta disambungkan ke balai bomba Ipoh.Kelihatan En. Syahir (ABL SB) sedang menyelenggara peralatan CMS.

Thursday, December 24, 2009

NOTA KURSUS ASAS KESELAMATAN PERLIDUNGAN NRE 22 - 24HB DIS 2009

Kpd semua peserta yang telah menghadirkan kursus perlindungan keselamatan, terima kasih diucapkan. Untuk mendapatkan nota, sila muat turun di bawah:-

1. Keselamatan Fizikal - klik disini
2. Keselamatan Dokumen - nota 1 dan nota 2
3. Keselamatan Peribadi - klik disini
4. Keselamatan ICT - nota 1 dan nota 2

Sekiranya mempunyai masalah memuat turun nota tersebut sila hubungi addy@instun.gov.my

Terima kasih.

SENGGARAAN SISTEM PENCEGAH KEBAKARAN DIS 2009

Penyelenggaraan sistem pencegah kebakaran telah dilaksanakan pada 21 - 24hb Dis 2009 oleh sykt Renove Safe SB. Keseluruhan sistem dalam keadaan siapsiaga. Panel FM200 di bilik server juga telah diganti baru.

MAJLIS PENUTUP DAN PENYAMPAIAN SIJIL PADA 24HB DIS 2009

Majlis penutup kursus Asas Kesedaran Keselamatan Perlindungan NRE telah diadakan pada 24hb Dis 2009 dan dirasmikan oleh YBhg SUB Bhgn PnK NRE Tn. Hj Suhaimi bin Hj Mamat. Turut hadir ialah En. Sulaimi Ahmad mewakili Ketua Bahagian Teknologi Maklumat.