Saturday, May 30, 2009

TAKLIMAT KESELAMATAN KEBAKARAN

Taklimat keselamatan kebakaran telah diberikan kepada pekerja kontraktor Nusaputra Security Services SB dan Saza Murni (23hb Mei 2009) Alam Anika SB dan Zur Food Service (30hb Mei 2009). Seramai 62 org (35 orang pada 23b dan 26 org pd 30hb)t elah menghadiri taklimat tersebut. Taklimat ini telah diberi oleh En. Abd. Rahman bin Mohd Isa. Semua peserta telah didedahkan kepada pengetahuan asas melawan kebakaran. Latihan praktikal melawan kebakaran menggunakan alat pemadam api jenis tepung kering dan karbon dioksida juga diadakan.

Thursday, May 21, 2009

LAWATAN TIMB MENTERI NRE PADA 21HB MEI 2009

Pada 21hb Mei 2009 Timb Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar; YB. Tan Sri Joseph Kurup telah sudi melawat INSTUN. Program bermula dari jam 10:30 pagi sehingga jam 1:30 ptg.

Sunday, May 17, 2009

NOTA KURSUS KESELAMATAN 10 - 14HB MEI 2009

Kpd semua peserta yang telah menghadirkan kursus perlindungan keselamatan, terima kasih diucapkan. Untuk mendapatkan nota, sila muat turun di sini:-

1. Keselamatan Fizikal (En. Aminudin bin Ramli) - klik disini
2. Keselamatan Dokumen (Kapt (B) Addy Husszairi bin Husin) - nota I dan nota II
3. Keselamatan Peribadi (En. Abd. Rahman bin Mohd Isa) - klik disini
4. Keselamatan ICT (Pn. Nurfaezah) - Kenali Musuh Anda dan Dasar Keselamatan ICT Kerajaan

Sekiranya mempunyai masalah memuat turun nota tersebut sila hubungi addy
Terima kasih.

Thursday, May 14, 2009

PENERIMAAN SIJIL KURSUS KESELAMATAN PERLINDUNGAN PADA 14HB MEI 2009

Seramai 41 orang peserta telah berjaya menamatkan kursus tersebut yang dijalankan pada 10 - 14hb Mei 2009. Tahniah diucapkan.