Friday, August 28, 2009

PEMERIKSAAN PAM DAN HOSE REEL 28 OGOS 2009.

Bagi memastikan tahap keselamatan yang tinggi di kampus INSTUN, Seksyen Keselamatan membuat pemeriksaan pam dan hose reel sebanyak 12 kali setahun. Latihan menghidupkan pam samada secara auto ataupun manual turut diajar kepada pengawal keselamatan. Ini bertujuan supaya mereka mahir dalam menggunakan sistem pam dan juga hose reel terutama sekali jika berlaku kebakaran di luar waktu pejabat.

Wednesday, August 19, 2009

PEMERIKSAAN BOMBA UNTUK MENDAPATKAN PERAKUAN BOMBA PADA 19HB OGOS 2009

Pemeriksaan ke atas premis INSTUN, untuk mendapatkan Perakuan Bomba (Fire Certificate) telah diadakan pada 19hb Ogos 2009 oleh Bahagian Pencegah dan Keselamatan Kebakaran, Jabatan Bomba dan Penyelamat Ipoh, Perak. Pemeriksaan ini telah diketuai oleh Pen. Penguasa Bomba Faizal bin Saari. Pemeriksaan kali ini adalah bertujuan untuk memperbaharui FC yang tamat pada 10 Ogos 2009. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat samada secara langsung atau tidak langsung dalam mendapatkan FC untuk INSTUN.


Tuesday, August 18, 2009

CCTV TRAINING 18 OGOS 2009

Latihan penggunaan sistem CCTV telah diadakan pada 18hb Ogos 2009 oleh sykt Intelligent Chain Sdn Bhd di pej. Seksyen Keselamatan INSTUN. Sistem ini telah ditauliahkan pada 31hb Julai 2009. Kini anda di perhatikan setiap masa dan di mana sahaja di Institut tanah dan Ukur Negara (INSTUN).

Saturday, August 15, 2009

MAJLIS PENUTUP KURSUS KESELAMATAN MAKLUMAT ICT 14HB OGOS 2009

Majlis penutup dan penyampaian sijil telah disempurnakan oleh En. Rahim bin Mohamad Saleh (Ketua bahagian Ukur dan Pemetaan). Semuanya gembira dengan sijil yang diterima. Tahniah diucapkan semuanya. Semoga ilmu yang diperolehi dapat dimanfaatkan bersama dalam perkhidmatan.
Terima kasih semuanya; kepada tenaga pengajar dan peserta yang hadir.