Wednesday, March 31, 2010

PEMERIKSAAN DOKUMEN TERPERINGKAT

Aktiviti pemeriksaan dokumen terperingkat telah dilaksanakan pada 29 - 31hb Mac 2010. Pemeriksaan telah dilaksanakan pada semua bahagian kecuali Bhgn Ukur dan Pemetaan. Pematuhan dan pengurusan dokumen telah dilaksanakan dengan baik.

PENYELENGGARAAN PAM DAN HOSE REEL

Penyelenggaraan pam dan hose reel telah dilaksanakan pada 31hb Mac 2010. Sistem pam dan hose reel berfungsi dengan baik.

Monday, March 29, 2010

PEMANTAUAN PENYELENGGARAAN SISTEM CMS

Pemantauan penyelenggaraan sistem CMS telah dilaksanakan pada 29 Mac 2010. Sistem berfungsi dengan baik. Sila rujuk laporan penyelenggaraan docket # 141282 (invois Mac 2010 # N026493)

Tuesday, March 16, 2010

PERBINCANGAN TATACARA PENERIMAAN DAN PENGHANTARAAN DOKUMEN TERPERINGKAT

Perbincangan mengenai tatacara penerimaan dan penghantaran dokumen terperingkat (PS03 - pengurusan rekod kualiti) telah diadakan seperti butiran di bawah.

Tarikh: 16hb Mac 2010 (Selasa)

Masa : 3:00 ptg

Tempat : Bilik Mesy Mutiara


Seramai 11 orang pegawai dari bahagian dan seksyen (dari bhgn pentadbiran dan kewangan telah menghadiri perbincangan tersebut. Mesyuarat dipengerusi kan oleh Pendaftar. Berikut adalah tatacara yang telah diputuskan.

PENYELENGGARAAN SISTEM PENCEGAH KEBAKARAN

Penyelenggaraan sistem pencegah kebakaran bulan Mac 2010 telah dijalankan pada 15-16hb. Semua sistem berfungsi dengan baik.

Wednesday, March 3, 2010

SESI BERDAILOG/PERBINCANGAN DENGAN PK

Aktiviti ini telah diadakan pada 3hb Mac 2010 (Rabu) di pondok pengawal utama. Seramai 14 orang PK telah hadir. Perbincangan kali ini lebih menjerumus kepada peningkatan mutu perkhidmatan kawalan keselamatan, perancangan cuti, mengenali pegawai kanan INSTUN (bagi PK baru), tatacara pemakaian PK (singlet, kasut, seluar dsb), kebersihan pos kawalan dan kerjasama antara PK.

Tuesday, March 2, 2010

KAWALAN KESELAMATAN SEMASA PROGRAM FORUM PERDANA SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

Seksyen keselamatan telah dilantik sekali lagi sebagai urusetia keselamatan untuk program Forum Perdana sempena maulidur rasul yang diadakan di auditorium pada 2hb Mac 2010 (16hb R.Awal 1431H). Seramai 300 tetamu telah hadir untuk forum perdana yang pertama kali dianjurkan oleh Seksyen Hal Ehwal Islam. Panel yang dijemput adalah Dato' Abu Hassan Din Al Hafiz, Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri dan pengantara Ust Ajib Ismail (JAKIM) dalam mengupas tajuk "Dimana Tandanya Kasih".