Wednesday, May 12, 2010

SALAM PERPISAHAN 14HB MEI 2010

Assalamualaikum...wbt dan salam sejahtera semuanya warga INSTUN.

Ermmmm .... mmg dah adat ada permulaan ada penghabisannya, ada yang datang dan ada yang pergi. Dua patah perkataan yang saya tidak suka ungkap ialah selamat tinggal. Namun disebalik perkataan tersebut akan adanya selamat datang. Begitula kehidupan dunia yag sementara ini. Dulu kita ada dan satu masa satu ketika kita juga akan mengikuti orang yg sudah tiada.

Semua warga INSTUN, pada 17hb Mei 2010 saya akan mula melapor diri bertugas di unit Akreditasi, Pej. Ketua Peg, Keselamatan Krjn M'sia, Putrajaya. Ini bermakna hanya tinggal 2 hari sahaja lg saya bertugas di INSTUN. Pejam celik ... pejam celik sudah 6 tahun 11 bulan saya bertugas di sini, ye la bermula dari Miss Chia lagi dan seterusnya pengarah sekarang. Ya Allah cepatnya masa berlalu.

Masih teringat masa mula-mula saya sampai di INSTUN, makan malam saya disediakan oleh Kak Ina Abg Jalil di cafe C. Miss Chia layan kami sungguh2 ... ye la .... dia nak supaya saya terima kerja di sini. Esoknya pagi2 saya g surau INSTUN, masyaAllah gelapnya, mana pula suis lampunya. Dan begitulah surau INSTUN sehingga saya berpindah ... masih lagi bergelap. Kepada semua penghuni kediaman ... kini tanggungjawab tuan2 untuk menjaga rumah Allah pula. Tanggungjawab saya sudah saya tunaikan.

Akhir kata saya dan keluarga mohon ampun, mohon maaf di atas kesilapan dan kesalahan yang telah kami lakukan sepanjang kami disini. Makan minum harap halalkan, tersilap kata terguris perasaan harap maafkan. Kalau ada di antara tuan/puan yg saya terhutang, mohon bagitau pada saya (mana la tau kot2 saya terlupa). Lepas ni mungkin payah nak jumpa. Pada saya dan keluarga .... semuanya sudah saya maafkan dan halalkan (sekiranya ada la).

Ermmmm .... salam sayang dan salam rindu semuanya. Di sini la .... kisah suka dan duka ....
Sejarah bermula kembali ....

Wednesday, April 21, 2010

KURSUS PENGURUSAN KECEDERAAN DOMESTIK

PENGENALAN

1. Seksyen Keselamatan telah mengadakan kursus pengurusan kecederaan domestik bersama dengan Akademi Latihan Pertahanan Awam (JPA) cawangan Bangi pada 20-23hb April 2010 (4 hari) di Bilik Kuliah Mini Teater, Institut Tanah dan Ukur Negara.

2. Kursus yang dicadangkan ini merupakan salah satu daripada Sasaran Kerja Tahunan yang telah dipersetujui semasa Mesyuarat Retreat RKT 2010 yang diadakan penghujung tahun 2009 di Melaka.

3. Kursus ini juga dapat membantu menyelamatkan nyawa ketika berhadapan di dalam situasi yang mencemaskan.

4. Kursus dalaman ini juga memberi peluang kepada pegawai-pegawai INSTUN untuk melengkapkan keperluan 7 hari berkursus setahun.

TUJUAN

5. Untuk memberi ilmu pengetahuan berkaitan rawatan kecemasan kepada semua peserta.

OBJEKTIF

6. Objektif panganjuran kursus ini adalah untuk memberi pendedahan dalam rawatan dalam kes-kes kecemasan terutamanya yang memerlukan bantuan pernafasan; tercekik; struktur tulang dan rawatan splinting; pengenalan luka, pendarahan dan gigitan; rawatan luka dan balutan; asas kebakaran dan cara-cara menyelamat.

Terima kasih diucapkan kepada tenaga pengajar daripada ALPHA;

Pn. Noraliza bt Yusuf; Pn. Rasidah bt Kassim; dan Mohd Faizal b Mohd Shariff.

Wednesday, April 14, 2010

PENYELENGGARAAN SISTEM PENCEGAH KEBAKARAN BULAN APRIL

Penyelenggaraan telah dilaksanakan dengan baik oleh Sykt Renove Safe SB pd 12 - 14hb Apr 2010. Semua sistem dan peralatan berada dalam keadaan baik dan siap sedia untuk digunakan.

Wednesday, April 7, 2010

SESI BERDAILOG/PERBINCANGAN BERSAMA PK

Sesi kali ini telah diadakan pada 07hb April 2010. Seramai 14 orang PK termasuk ASO Rosli telah hadir dalam perbincangan ini. Perbincangan kali ini merujuk kepada:-
  1. Aktiviti 5S peringkat NRE/INSTUN;
  2. Kursus CPR yang akan di adakan pada 20 - 23hb Apr (4 orng PK dijemput hadir utk kursus ini);
  3. Aduan kerosakkan lampu di blok akademik dan sepanjang laluan pejalan kaki dari Blok Pentadbiran ke kuarters;
  4. Aduan PK minta sogokan daripada pembekal lain yang keluar masuk ke INSTUN;
  5. Terdapat segelintir pegawai INSTUN dan PK meletakkan motosikal di laluan pejalan kaki di Blok Akademik;
  6. Pembaikan tandas oleh pihak pengurusan INSTUN di pos utama dan pos 3;
  7. CCTV tidak berfungsi
  8. Aduan terdapat harimau yang berkeliaran disekitar kawasan Diamond Creek;
  9. Aduan Potongan EPF dan OT;
  10. Peruntukkan makanan/minuman semasa aktiviti kawad sudah tiada;dan
  11. Pengemaskinian maklumat PK.

PENYELENGGARAAN SISTEM EST UNTUK PERSEDIAAN PEMBAHARUAN FC

Penyelenggaraan sistem EST 3 telah dilaksanakan pada 07hb Apr 2010 melibatkan peruntukkan sebanyak RM12,620.00 oleh sykt Pahlawan Dinamik. Semua sistem dan peralatan pencegahan kebakaran berfungsi dengan baik.