Saturday, August 15, 2009

KURSUS KESELAMATAN MAKLUMAT ICT

Terima kasih diucapkan kpd semua penceramah dan peserta yang terlibat dengan kursus pengurusan perlindungan keselamatan maklumat ICT pada 10 - 14hb Ogos 2009.

Kepada peserta yang memberikan komen "inilah pertama dan terakhir datang ke INSTUN " seribu kemaafan di pohon. Segala kekurangan dan kelemahan harap dimaafi.


Thursday, August 13, 2009

Tuesday, August 11, 2009

KURSUS KESELAMATAN MAKLUMAT ICT

Seksyen Keselamatan dan Bahagian Teknologi Maklumat telah berjaya menganjurkan kursus seperti berikut:-

Tajuk : Kursus Pengurusan Keselamatan Perlindungan Maklumat ICT
Tarikh : 10 - 14 Ogos 2009
Tempat : Bilik Kuliah TM1, Blok Akademik B, Institut Tanah dan Ukur Negara, Behrang, 35950, Tg. Malim Perak (peta lokasi)
Bayaran kursus : RM 30.00 (Ringgit Malaysia Tiga Puluh sahaja)

Objektif kursus:

1. Memberi kesedaran dan memupuk sikap bertanggungjawab terhadap keselamatan perlindungan maklumat yang berkualiti dalam jabatan kerajaan;
2. Memberi pendedahan dan kefahaman mengenai dasar, prosedur dan arahan berkaitan keselamatan perlindungan maklumat; dan
3. Membangun, melaksana dan memperbaiki sistem pengurusan keselamatan perlindungan maklumat.

Subjek:-

a. Pengurusan Risiko Keselamatan Maklumat – Isu, Pendekatan dan Cabaran (nota)
b. Perkara Asas Keselamatan ICT - Konsep, Matlamat dan Kaedah (nota)
c. Melindungi Aset ICT Dari Persektif Undang2 (nota)
d. Melindungi Aset ICT Organisasi dari Perspektif Fizikal dan Persekitaran (nota)
e. Persembahan Video Keselamatan ICT – Seorang Pengodam dan penemuan dan pemantauan penggunaan internet dalam sesebuah organisasi serta Perbincangan
f. Pengurusan Insiden Keselamatan ICT Sektor Awam (nota)
g. Dasar keselamatan ICT Kerajaan (nota)
h. Perkara Asas Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Internetworking – TCP/IP Basics) & Persembahan Video (nota)
i. Mengenali Musuh Anda & Persembahan Video tentang pengodam serta perbincangan (nota)
j. Perkara Asas Information Security management (ISMS) – satu overview (nota)
k. Melindungi Aset ICT Organisasi – Business Continuity Management (BCM) (nota)

Terima kasih diucapkan kepada tenaga pengajar yang terlibat:-

1. Pej. Ketua Peg. Keselamatan Krjn Malaysia, JPM
2. MAMPU dan
3. Cyber Security.

Friday, July 31, 2009

PEMERIKSAAN PAM DAN HOSE REEL PADA 31 JUL 2009

KINI INSTUN DIAWASI 24 JAM DENGAN KAMERA LITAR TERTUTUP

Pentauliahan sistem kamera tertutup INSTUN pada 28hb Jul 2009.Pendawaian dan pemasangan CCTVDiantara peralatan dan jenis kamera yang digunakan.Pendawaian sistem kamera tertutup.

Tuesday, June 30, 2009

PEMERIKSAAN PILI BOMBA PADA 30HB JUN 2009

Pemeriksaan pili bomba telah dilakukan pada 30hb Jun 2009. Sebanyak 16 unit pili bomba beserta kelengkapan (2 x hose, 2 x coupling dan nozzle) bagi setiap kabinet hose telah diperiksa.

Monday, June 29, 2009

PEMBAIKAN DAN PENYELENGGARAAN EST PADA 29 JUN 2009

Kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan sistem EST (sistem pencegah kebakaran) telah dilaksanakan oleh Sykt Pesaka Pahlawan SB.